Loading...
Meeting

Hadis 10

Rezeki Halal Asas Penerimaan Doa

Daripada Saiyidina Abu Hurairah r,t bella berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Maha Baik, Dia tidak menerima kecuali sesuatu yang baik. Dan sesungguhnya, Allah telah memerintahkan kepada orang yang eriman dengan perintah yang sama kepada para rasul-Nya. Allah berfirman yang bermaksud, “Wahai para rasul! Makanlah daripada perkara yang baik dan kerjakanlah amalan yang soleh.” (al-Mukminun: 51) Allah juga berfirman yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada ‘perkara yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu" (al-Bagarah: 172). Kemudiah baginda SAW menceritakan perihal seorang yang menempuh perjalanan jauh, rambutnya kusut masai dan berdebu, dia menadah kedua-cua tangannya ke langit seraya berdoa, “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dengan makanan yang haram. Bagaimanakah diperkenankan doa orang yang sedemikian?"
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.

PENGHAYATAN
  • Murid perlu peka terhadap kepentingan mengambil makanan, minuman dan pakaian yang halal daripada sumber yang halal.
  • Murid yang mengambil sesuatu yang diharamkan seperti barang curi akan menyebabkandoanya tertolak.
  • Murid perlu jujur dalam semua tindakan termasuklah tidak meniru dalam peperiksaan dan tidak mengambil hak orang lain tanpa izin.
  • Murid perlu sentiasa bersikap baik dan positif kerana Allah SWT Maha Baik dan sukakan kebaikan.