Loading...
Meeting

Hadis 22

Syarat Asas Masuk Syurga

Daripada Saiyidina Abu Abdullah Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, beliau berkata: “Apa pandangan tuan sekiranya aku mengerjakan solat fardu, berpuasa pada bulan Ramadan, menghalalkan perkara yang halal serta mengharamkan perkara yang haram dan aku tidak melakukan lebih daripada itu, adakah aku akan masuk syurga?” Baginda SAW bersabda: “Ya.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

PENGHAYATAN
  • Murid perlu melaksanakan solat fardu dan puasa dengan sebaik mungkin serta menghayati hikmah kedua-dua ibadah ini.
  • Murid perlu peka dalam menjaga perkara yang halal dan haram. Contohnya, memastikan makanan yang diambil mempunyai logo halal yang disahkan oleh pihak berautoriti.