Loading...
Meeting

Hadis 3

Rukun Islam

Daripada Saiyidina Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar bin al-Khattab r.a., beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Islam dibina di atas lima rukun; bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji di Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.

PENGHAYATAN
  • Murid mestilah menjaga penampilan diri, berdisiplin dan beradab semasa menuntut ilmu.
  • Murid dituntut untuk sentiasa mentaati kedua-dua ibu bapanya.
  • Murid hendaklah berusaha mempelajari dan meghayati ilmu akidah, ibadah dan akhlak.
  • Murid hendaklah mengutamakan ilmu fardu ain dan tidak meninggalkan ilmu fardu kifayah dalam kehidupan.