PENGHAYATAN
Murid hendaklah menggunakan tutur kata yang baik dan sopan. Contohnya memanggil kawan dengan panggilan yang digemarinya.
Murid hendakiah berkomunikasi secara berhemah dalam media sosial.
Ketika guru menyampaikan pengajarannya, murid perlulah diam dan mendengar dengan teliti sebagai tanda hormat kepada guru.
Murid perlu saling menghormati sesama jiran tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.
Murid hendaklah sentiasa memuliakan tetamu dan melayani mereka dengan baik.