Loading...
Meeting

Hadis 28

Pesanan Takwa, Taat dan Iltizam dengan Sunah

Daripada Saiyidina Abu Najih al-‘Irbad bin Sariyah r.a., beliau berkata, Rasulullah SAW telah menyampaikan kepada kami mau’izah (peringatan) yang menggetarkan hati dan menitiskan air mata. Maka, kami berkata: “Wahai Rasulullah, ini seolah-olah ucapan perpisahan. Maka, berilah kami wasiat (pesanan penting).” Baginda SAW bersabda: “Aku mewasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah serta dengar dan taat kepada pemimpin walaupun yang menjadi pemimpin kamu seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa dalam kalangan kamu yang terus hidup (selepas kewafatanku), maka dia akan melihat banyak perselisihan yang berlaku. Oleh itu, hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunahku dan sunah al-Khulafa al-Rasyidin yang diberi petunjuk dan gigitlah dengan gigi geraham. Hindarilah perkara yang direka-reka dalam agama (bidaah) kerana setiap bidaah (yang bertentangan dengan asas syariat) ialah sesat.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam al-Tirmizi.

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah memastikan setiap perkara yang dilakukan bertepatan dengan syariat.
  • Murid hendaklah sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan.
  • Murid hendaklah tekun melaksanakan ibadah mengikut cara yang betul.
  • Memberi kerjasama dan sokongan kepada rakan yang dilantik menjadi pemimpin di sekolah.