PENGHAYATAN
Murid perlu memastikan makanan, minuman, pakaian dan lain-lain daripada sumber yang diyakini halal.
Murid perlu berusaha menjauhi perkara yang syubhah. a e Meminta izin untuk mengambil atau menggunakan hak milik rakan merupakan amalan mulia.
Murid bertanggungjawab untuk memilih produk yang diyakini halal seperti yang mempunyai logo halal Jakim.
Murid perlu menghindari perkara yang dilarang seperti meniru dalam peperiksaan, menghina, mencaci, mengejek, membuli dan lain-lain.