Loading...
Meeting

Hadis 32

Menghindari Mudarat

Daripada Saiyidina Abu Said Sa‘ad bin Malik bin Sinan al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain.”
Hadis hasan. Diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah, al-Daraqutni dan imam yang lain secara musnad.

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah menghormati dan memuliakan orang lain.
  • Murid mestilah meninggalkan perkara yang memudaratkan diri sendiri mahupun orang lain seperti membuli, merokok, ponteng dan lain-lain.
  • Murid hendaklah peka dengan sebarang tingkah laku negatif yang berlaku dalam persekitaran sekolah atau asrama. Segera melaporkan kepada guru atau pengawas untuk tindakan selanjutnya.