Daripada Saiyidina Abu Zar Jundub bin Junadah dan
Saiyidina Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal r.a., bahawa Rasulullah SAW
bersabda, “Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada,
susulkanlah kejahatan dengan kebaikan nescaya kebaikan akan
menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti
yang baik.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi. Beliau berkata,“hadis hasan.”