Loading...
Meeting

Hadis 11

Meninggalkan Keraguan adalah Ciri Warak

Daripada Saiyidina Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Abu Talib-cucunda Rasulullah SAW dan Kesayangan baginda SAW, beliau berkata, aku menghafaz sabda Rasulullah SAW, “Tinggalkan perkara yang meragukanmu dan ambillah perkara yang tidak meragukanmu.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan Imam al-Nasa'l. Imam al-Tirmizi berkata, “Hadis ini hasan sahih.”

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah sentiasa berhati-hati terhadap masalah syak dan keraguan dalam diri.
  • Murid mesti mendapatkan nasihat daripada guru yang boleh membimbing supaya dapat menghindarkan diri daripada perkara syak dan keraguan.
  • Murid wajib menguasai ilmu terutama perkara yang melibatkan ibadah bagi mendapatkan keyakinan semasa melaksanakannya.
  • Murid melazimi diri melakukan perkara yang baik untuk menghilangkan rasa syak.