Daripada Saiyidina Abu ‘Amr dan dikatakan Abu ‘Amrah
Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi r.a. berkata, “Aku berkata, “Wahai
Rasulullah SAW, beritahulah kepadaku satu perkataan (berkenaan ajaran
Islam) yang aku tidak perlu bertanya kepada sesiapa selain tuan
mengenainya.” Sabda Rasulullah SAW: “Katakanlah, aku beriman kepada
Allah, kemudian beristiqamahlah (atas perkara tersebut).”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.