Loading...
Meeting

Hadis 8

Kehormatan Seorang Muslim

Daripada, Saiyidina Ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW Bersabda: Aku diperintahkan supaya memerangi (penentangan) manusia sehingga mereka (sendiri) bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan bahawa Muhammad ialah pesuruh Allah SWT, mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. Apabila mereka menunaikan perkara tersebut, maka mereka telah memelihara darah dan harta mereka daripada (tindakan yang diperintahkan kepada) aku melainkan dengan hak (yang dibenarkan oleh) Islam. Selebihnya, perhitungan terhadap mereka diserahkan kepada Allah SWT,".
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.

PENGHAYATAN
  • Islam menekankan kepentingan dakwah secara berhikmah tanpa sebarang paksaan mahupun tekanan.
  • Kehormatan manusia wajib dipelihara kerana Allah SWT telah mengangkat kemuliaan insan dalam kailangan manusia.
  • Semangat masyarakat majmuk yang harmoni menuntut kita menyantuni kepelbagaian dengan penuh berpandukan syariat
  • Setiap Muslim hendaklah memelihara nyawa dan harta saudara Muslim yang lain selagi mereka menunaikan tanggungyawab dan kewajipan dalam Islam.
  • Setiap manusia hanyalah dihukum berdasarkan perkara yang zahir pada diri mereka.