Loading...
Meeting

Hadis 26

Tanda Kebaikan dan Dosa

Daripada Saiyidina Wabisah bin Ma‘bad r.a. beliau berkata, aku bertemu Rasulullah SAW lalu Baginda SAW bersabda: “Adakah kamu datang untuk bertanya tentang kebaikan?” Aku menjawab, “Ya.” Baginda SAW bersabda, “Tanyalah hati kamu sendiri. Kebaikan itu ialah perkara yang membawa ketenangan jiwa dan hati kamu. Dosa itu pula ialah sesuatu yang meresahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam dada, walaupun orang ramai memberi pandangan berbeza denganmu.” Hadis hasan. Kami meriwayatkannya dengan sanad hasan daripada dua kitab Musnad, masing-masing merupakan karangan dua orang imam hadis iaitu Imam Ahmad bin Hanbal dan al-Darimi.

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah sentiasa berbuat baik agar mendapat ketenangan jiwa dan menjauhi perbuatan buruk kerana mendatangkan kegusaran hati.
  • Murid hendaklah sentiasa saling menasihati sesama rakan
  • Murid hendaklah sentiasa mematuhi peraturan agar persekitaran sekolah sentiasa harmoni.