Loading...
Meeting

Hadis 36

Menunaikan Keperluan Saudara Muslim dan keutamaan Ilmu RAHMAT ALLAH SWT BERKAITAN PAHALA DAN DOSA

Daripada Saiyidina Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang melapangkan kesempitan dunia seorang mukmin, Allah akan melapangkan kesempitannya pada hari kiamat. Sesiapa yang mempermudah urusan orang yang dalam kesusahan, Allah akan mempermudah urusannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban saudara Muslim, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi dia membantu saudaranya. Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudah baginya jalan ke syurga dengan ilmu tersebut. Tidak berhimpun sekumpulan Muslim dalam mana-mana rumah Allah dalam keadaan membaca dan mempelajari alQuran sesama mereka melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat akan meliputi mereka, para malaikat akan menaungi mereka dan Allah akan menyebut perihal mereka kepada para makhluk di sisi-Nya. Sesiapa yang amal solehnya sedikit, maka nasab keturunan tidak boleh mengangkat darjatnya.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan lafaz ini.

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah merasai kepayahan orang lain dan sentiasa bersedia membantu meringankan beban mereka.
  • Murid hendaklah menjauhi sikap mendedahkan keaiban seperti menceritakan keburukan rakan kepada orang lain.
  • Murid hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.