Loading...
Meeting

Hadis 40

Merebut Peluang Beramal

Daripada Saiyidina Ibn Umar r.a. katanya, “Rasulullah SAW memegang bahuku lalu bersabda: “Hiduplah kamu di dunia ini seperti orang asing atau musafir.” Ibn Umar r.a. berkata, “Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu menanti pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah kamu menanti petang. Rebutlah peluang sihatmu, sebelum sakitmu dan rebutlah peluang hidupmu sebelum kematianmu.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

PENGHAYATAN
  • Murid tidak seharusnya leka dan terpengaruh dengan dunia kerana hakikatnya ia adalah tempat persinggahan yang sementara sahaja. Oleh itu, setiap usaha dalam kehidupan di dunia adalah untuk bekalan akhirat
  • Murid sepatutnya bersegera dalam melakukan amal ibadah kerana masa sangat bernilai.
  • Murid perlu memanfaatkan peluang untuk menuntut ilmu bersungguh-sungguh dan beramal soleh tanpa rasa jemu.
  • Murid tidak seharusnya membuang masa dengan perkara yang tidak bermanfaat seperti leka dengan gajet dan hiburan yang melalaikan.