PENGHAYATAN
Murid hendaklah patuh kepada sesuatu hukuman yang ditetapkan Allah SWT.
Murid hendaklah mengetahui dan memahami tujuan pensyariatan (magasid syariah) iaitu untuk menjaga agama, nyawa, akal, harta dan keturunan.
Murid hendaklah menjauhi dosa besar seperti berzina, membunuh dan murtad.
Murid hendaklah tidak melayari laman sesawang berunsur lucah, ganas dan menjauhi golongan yang tidak mempercayai agama.
Murid hendaklah menghargai nyawa manusia dengan menjauhi perkara yang merosakkan diri sendiri atau orang lain.
Murid boleh mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti mendalami ilmu agama, membantu ibu bapa di rumah, beriadah, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.