Loading...
Meeting

Hadis 38

Kedudukan Wali Allah SWT

Daripada Saiyidina Abu Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT berfirman, “Sesiapa yang memusuhi mana-mana wali-Ku, maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tiada perkara yang hamba-Ku lakukan untuk menghampirkan dirinya kepada-Ku yang lebih Aku sukai daripada perkara yang Aku fardukan kepadanya. Hamba-Ku sentiasa menghampirkan dirinya kepada-Ku melalui amalan sunat sehinggalah Aku mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya, maka Aku akan menjadi pendengaran yang dia mendengar dengannya. Aku akan menjadi penglihatan yang dia melihat dengannya. Aku akan menjadi tangan yang dia bertindak dengannya. Aku akan menjadi kaki yang dia berjalan dengannya. Demi sesungguhnya, jika dia meminta sesuatu daripada-Ku, pasti Aku akan mengurniakannya dan jika dia meminta perlindungan daripada-Ku, pasti Aku akan melindunginya.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

PENGHAYATAN
  • Murid hendaklah istiqamah melaksanakan amalan fardu dan sunat dengan sempurna bagi meraih cinta Allah SWT.
  • Murid hendaklah memuliakan semua orang terutamanya yang berilmu dan soleh.
  • Murid hendaklah mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan amalan sunat seperti berpuasa sunat.
  • Murid hendaklah menjauhi perkara yang tidak baik walaupun lintasan di hati.