Loading...
Meeting

Hadis 7

Nasihat Tonggak Agama

Daripada Saiyidina Abu Rugayyah Tamim bin Aus al-Dari r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Agama itu nasihat (tulus dan setia menunaikan tanggungjawab). Kami bertanya, “Kepada siapa?” Baginda SAW bersabda, “Kepada Allah, kitab-Nya, rasul-Nya dan pemimpin kaum Muslimin serta kesemua orang Islam.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

PENGHAYATAN
  • Murid perlu mengamalkan budaya nasihat-menasihati.
  • Murid perlu menghargai nasihat yang diberi oleh sesiapa sahaja dengan melaksanakan segala tunjuk ajar mereka.
  • Murid hendaklah sentiasa berlapang dada menerima nasihat yang baik.